Hari ni cikgu nak berkongsi tips dengan para pelajar semua , teknik2 menjawab Fizik kertas 3.
Kenapa perlu alat2 di atas?? Untuk pengetahuan pelajar, pensil yang tajam amat penting untuk melukis garis yang halus dan bersih. garis yang di lukis tebal boleh menyebabkan pelajar kehilangan markah kerana tidak dapat menentukan bacaan yg di kehendaki dgn betul.Pembaris panjang?? yang pendek apa salahnya !!!. pembaris yang panjang amat penting untuk melukis garis yang panjang tanpa sambungan kerana jika wujud sebarang kesan sambungan "kink" yang ketara anda akan kehilangan markah.. MESTI gunakan pembaris panjang yang lut sinar supaya pelajar dapat melihat titik2 yang di plot dgn jelas untuk tujuan keseimbangan.
Calculator WAJIB ada.. kalau tak bagaimana nak mengira?? Geometri set?? Itu pun penting kerana kita tidak tahu soalan tersebut melibatkan graf garis lurus atau pun tidak. Jika kita lihat soalan tahun 2006, ia melibatkan graf garis lengkung dimana pelajar diminta mencari kecerunan pada satu titik pd graf.. jadi bersedialah dengan sebarang kemungkinan..
Soalan Bahagian A mengandungi 2 soalan wajib.
Opsss.. spelling error.. " DIRECTLY PROPORTIONAL".
INGAT!!! fixed variable bukan nama alat radas yang kita gunakan!!!
Jadual mesti ada 'rangka'.. tidak boleh hanya sekarar meyusun nilai seperti dalam bentuk matriks dlm maths tu.. mesti ada tajuk(variable) dan unitnya
Data primer ialah data yang kita dapat terus dari alat2 pengukur dalam eksperimen yang kita buat.. bilangan tempat perpuluhan bagi data tersebut bergantung kepada skala terkecil alat pengukur yang digunakan. Contohnya jika kita mengukur menggunakan pembaris bilangan tempat perpuluhannya ialah sat. contohnya 4.5 cm. Boleh juga hingga 2 t.p tetapi t.p yang kedua itu mesti '0' atau '5' contohnya 4.50 atau 4.55. Tidak boleh 4.51, 4.52, 4.53, 4.54, 4.56, 4.57, 4.48 dan 4.59.
Data sekunder ialah data yang kita dapat dgn memasukkan nilai dari data primer ke dalam formula yang di beri. Contohnya jika t = 10.0 s ( dari eksperimen) . T = t/10 ( T diperolehi dari rumus setelah menggantikan nilai t)
Bila melukis graf pastikan anda melukis dan melabelkan paksi dengan betul. Jika soalan berbunyi " plotkan graf daya melawan pecutan ( Force against acceleration).. variable yg dinyatakan dahulu (Force) mesti diletak pada paksi Y dan variable berikutnya pada paksi X. Jangan silap kerana anda akan kehilangan 1 markah di sini.
julat untuk plotting ialah 1/2 petak yang paling kecil pada kertas graf.. jangan menipu!!(berdosa tau) sebab pemeriksa akan memeriksa setiap titik yang anda plot.. Plot dgn tepat mengukut data anda di dalam jadual yng telah dibina .
GRAF MESTI MULA DARI ORIGIN (0,0)
Saiz graf mesti sebesar mungkin.. tetapi janganlah sampai keluar dari kawasan kertas graf tu ye..
Opsss.. betulkan ye.. ' directly proportional"
macam mana nak cari kecerunan graf
BalasPadammacam mana nak tau graf tu kita gariskan seimbang ke tak?
BalasPadamApakah perkara² utama dalam proses memplot graf?
BalasPadamApakah perkara² utama dalam proses memplot graf?
BalasPadamApakah perkara² utama dalam proses memplot graf?
BalasPadamBentuk graf
BalasPadam